“Apabila gambar-gambar bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti ‘dihilangkan’ dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa ia tidak kena,” itu luahan sedih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurut beliau banyak gambar bekas pemimpin UMNO hilang semasa Konvensyen Kerajaan Perpaduan dan ianya pasti mempunyai sesuatu yang tidak kena.
“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan kerajaan.
“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal apabila ia diadakan di Dewan Merdeka, iaitu rumah UMNO sendiri. Apabila gambar-gambar bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti ‘dihilangkan’ dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, saya rasa ia tidak kena
“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad lalu.
Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah politik tanah air apabila parti keramat orang Melayu itu mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.
Tamat