“Kenyataan Ramasamy yang seolah-olah menisbahkan kesedaran beragama orang Melayu sebagai halangan kepada perpaduan masyarakat,” itu kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Menurutnya Ramasamy perlu sedar rakyat melihat setiap tindak tanduk kerajaan kini terutamanya dengan kenyataan melucukan, dangkal, malah cacat dari banyak segi.
“Tindak-tanduk, kenyataan dan dasar kerajaan yang caca-merba, bercelaru, saling bercanggahan, selain kegagalan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional menunaikan janji-janji yang pernah dibuatnya sebelum ini adalah punca utama kepada kemerosotan PH itu sendiri.
“Momok “cakap tak serupa bikin” yang meniti dari mulut ke mulut rakyat hari ini berkaitan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah manifestasi yang gagal sama sekali,”.
“Sebagai pembangkang PAS tidak campur tangan atau bertanggungjawab ke atas momokan tersebut,” itu kata Takiyuddin.
Menurutnya lagi semua rakyat kini mengetahui kegagalan kerajaan PH dalam menggemudi negara dan itu bukannya satu rahsia. Oleh itu usaha meletakkan PAS sebagai kambing hitam atas kegagalan itu.
“Adalah lebih berfaedah dan jujur sekiranya Ramasamy bercakap secara berterus terang kepada kerajaan yang disertai partinya supaya memperbaiki diri dengan dasar dan sikap yang lebih layak bagi sebuah kerajaan yang dikatakan berwibawa.
“Bukannya menjadikan PAS kambing hitam atau kesedaran agama dalam kalangan orang Melayu sebagai musuh perpaduan.
“Sebagai sebuah parti yang terlibat dalam politik negara sejak sebelum Merdeka lagi, PAS amat maklum dan insaf tentang kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat negara kita yang berbilang kaum dan agama.
Sebagai contoh ketika negara terjerumus dalam konflik kaum yang paling buruk pun sebelum ini, negeri-negeri yang merupakan kubu kuat PAS terus aman tenteram dari segi perpaduan dan keselamatan antara kaum,” katanya tegas.
Boleh dilihat kenyataan Ramasamy seolah-olah menisbahkan kesedaran beragama orang Melayu sebagai halangan kepada perpaduan masyarakat bukan sahaja cacat dan cela, malah berlawanan dengan realiti yang wujud dan diketahui umum.
“Di sini jelas bahawa beliau tidak dapat menyembunyikan prejudisnya yang tebal terhadap Islam sebagai agama dan juga orang Melayu sebagai kelompok kaum majoriti di negara ini,” katanya.
Tamat