“Sekiranya tidak berdepan masalah, proses menurunkan jenazah akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya esok termasuk menerbangkan jenazah menggunakan helikopter ke hospital di Kathmandu bagi proses seterusnya,” itu kata Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak.
Menurutnya kini pasukannya sedang membawa turun jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub,56.
Azim berkata jenazah sepatutnya dibawa turun semalam namun disebabkan masalah cuaca terpaksa ditangguhkan dan masih berada di kem empat (8,000 meter dari aras laut).
Malah keadaan salji setebal 0.30 meter di permukaan pergunungan menyebabkan sukar untuk bergerak kerana jenazah terpaksa diusung semalam.
Alhamdulillah keadaan cuaca hari ini baik dan proses membawa turun dapat dimulakan dengan dibantu oleh enam malim gunung sehingga ke kem dua.
Azim berkata,semalam juga berlaku kesesakan trafik di trek laluan kerana aktiviti pendakian akan berakhir 28 Mei ini dan pendaki perlu mengambil masa ditetapkan sebelum ia ditutup.
Sebelum ini Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.
Tamat