Kementerian Dalam Negeri KDN menyerbu serta merampas koleksi baru jam tangan Swatch yang bertemakan bendera pelangi LGBT bagi meraikan hak samarata.

Butik jam berkenaan Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah diserbu dan koleksi warna pelangi itu dirampas kerana ianya berlawanan dengan fitrah di negara ini.

Selanjutnya, lima lagi kedai Swatch diberi amaran – KTCC (Terengganu), Aeon KB, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Bendera pelangi itu melambangkan pergerakan LGBT, yang menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks.

Kumpulan hak asasi manusia dan aktivis telah menimbulkan kebimbangan mengenai sikap tidak bertolak ansur Malaysia yang semakin memuncak terhadap komuniti LGBT sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun lalu, pihak berkuasa agama Islam negara ini menyiasat 18 orang yang ditahan semasa pesta Halloween yang dihadiri ahli komuniti LGBT.

Hubungan sejenis sesama jantina adalah haram di Malaysia, walaupun sabitannya jarang berlaku.

Malaysia mempunyai sistem perundangan dwi-landasan, dengan undang-undang jenayah dan keluarga Islam dilaksanakan bersama undang-undang sivil yang terpakai kepada orang Islam.

Tamat