“Diharap semua usaha yang dijalankan lancar. Perancangan Kedah Aerotropolis tidak sedikit pun terjejas selepas Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengumumkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) batal,” itu kenyataan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam.
Menurutnya beliau tiada lagi halangan yang boleh merencatkan perancangan besar Kedah untuk merealisasikan Kedah Aerotropolis apabila enam syarikat antarabangsa telah menjalin kerjasama dalam fasa awal projek berkenaan.
Seluruh penduduk Kedah kini sedang menantikan semua konsep baharu ekonomi dan ianya bakal menjadi kenyataan.
“Kedah Aerotropolis akan menjadi ‘game changer’ untuk Kedah sebagai pemangkin pembangunan ‘The Greater Kedah’,”
“Kita akan mulakan komponen lain dahulu yang tidak memerlukan permit atau lesen bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). Mereka (kerajaan Persekutuan) tak boleh batal sebab ia bukan projek pusat,” tegasnya.
Muhammad Sanusi menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kedah Aerotropolis dengan enam buah syarikat antarabangsa berkaitan kargo dan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023.
Sanusi berkata Kedah Aerotropolis terus berusaha mencari pelabur dan menandatangani MoU dengan enam sayrikat terkemuka dunia dalam bidang aeroangkasa ketika pameran LIMA’23.
“Satu MoU telah ditandatangani di Henan, China di lapangan terbang Zhengzhou beberapa hari yang lalu. Bandar Henan dibangunkan berasaskan lapangan terbang, zon ekonomi yang sangat besar di wilayah tersebut.
“Bandar membangun kerana adanya Aerotropolis atau lapangan terbang yang memfokuskan kepada Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) dan kargo dan kini mereka bersetuju mengadakan usaha sama dan membuka cawangan di Kedah Aerotropolis, “
“Antara syarikat terlibat ialah dari Australia dalam bidang MRO. Tahniah kepada pengurusan Kedah Aerotropolis yang berjaya wujudkan ekosistem lengkap untuk kita jayakan projek mega ini,” katanya dengan optimis.
Menurut beliau dahulu negara atau negara dinilai melalui kepesatan pelabuhan tetapi kini ianya melalui jalan udara.
“Zaman dahulu kita berasaskan pelabuhan, di mana ada pelabuhan di situ ekonomi membangun. Sekarang di mana ada lapangan terbang di situ lah ada pembangunan dan kepesatan ekonomi,” katanya.
Tamat