Sememangnya nama Kedah Tua duhulu cukup dikenali sebagai pusat pelabuhan maritim seantero dunia. Sejarah Kedah sebagai pusat ekonomi dunia bakal berulang di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas termetarai MoU bersama beberapa syarikat mega international dunia.
Visi dan misi Sanusi jelas melihat ke hadapan apabila pusat ekonomi berkait dengan pelabuhan udara bersama pembangunan import-export, hub penerbangan kargo, sekali gus melibatkan tiga komponen utama, iaitu terminal kargo KXP, SLAM dan MRO.
Ini kerana industri pembuatan barangan teknologi seperti semikonduktor dan panel solar serta peralatan elektronik di Kulim sentiasa bergantung kepada kepantasan penghantaran penerbangan item seperti ini.
Malahan apabila Kedah Aerotropolis siap dan berjalan lancar, pelabur-pelabur dalam dan luar negara akan lebih tertarik untuk datang masuk melabur ke Kedah atas kemudahan penerbangan kargo ini
Bahkan para pelabur akan lebih berminat membina kilang di Kedah kerana tanah yang luas dan strategik kerana berhampiran dengan Kedah Aerotropolis. Kawasan-kawasan industri akan dibuka dengan pesat dan lembaran baru ekonomi Kedah akan bermula.
Jajaran lebuhraya yang menghubungkan Kedah Aerotropolis dengan pelabuhan-pelabuhan kapal di Yan Kedah, dan di Sanglang, Perlis – lebuhraya alternatif Kulim ke kawasan industri Bukit Kayu Hitam – akan menjadi katalis tambahan kepada keranchakan ekonomi seluruh Kedah.
Sejarah membuktikan apabila sesuatu lokasi menjadi pusat ekonomi secara amnya infrastruktur lain turut akan membangun, Lebuhraya baharu, jajaran lebuhraya alternatif, bangunan-bangunan perniagaan, sektor-sektor perumahan akan bertambah, infra kesihatan dan sebagainya akan turut berkembang.
Limpahan jarjaran Kedah Aerotropolis akan mengalir dan rakyat tempatan mendapat manfaat dari sudut ekonomi hiliran, makanan, fasiliti, dan sebagainya.
Tamat